PEMBACA

Satu Malaysia Dah Kena Tipu! Rakan Sekolah Gadis Cendol Bongkarkan Perangai Sebenar Gadis Cendol, Tak Sangka Dia Dulu…

Baru-baru ini, video mengenai seorang gadis yang merengek manja terhadap teman lelakinya kerana kelaparan dan tidak dapat makan cendol tular di laman sosial hingga terdapat video parodi yang mengajuk aksi gadis tersebut.
Gadis berkenaan dikenali sebagai Nija atau Nur Anizah Tahang, 20 tahun, mengatakan aksinya dalam video yang tular itu adalah spontan dan bukan dibuat-buat.
“Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam,” jelasnya.
Menurutnya, dia tak sangka video itu akan tular hingga ramai yang membuat parodi mengajuk perbuatannya itu di laman sosial.
Walaupun dia sedar dan melihat semua video parodi tersebut, Nija hanya berfikiran positif dan menganggap ianya sekadar hiburan.
Tambahnya, dia meminta maaf kepada orang ramai jika video itu dianggap melampau oleh orang lain. Dia tidak berniat untuk berbuat sedemikian dan tidak sengaja melakukannya.
Tapi lain pula jadinya sekarang…
Terkini kawan kawan sekolah Nija mula memuat naik status Facebook dan mendedahkan perangai sebenar Nija. Sungguh tak sama langsung macam apa yang kita lihat melalui video video yang viral tu.
Gila duit, gila harta, mencuri, berhutang!

Ramai juga yang meramalkan jodoh mereka tak panjang…
Meskipun dikutuk teruk, teman lelaki kepada wanita itu, Muhammad Aiman Amar berasa bangga apabila mereka dijemput menjadi tetamu bagi salah sebuah slot dalam rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu Motif Viral.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Aiman menerusi laman sosial miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan mereka bersama tiga pengacara rancangan tersebut pada Isnin (semalam).
Ekoran perkara itu, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
Sebahagian besar memfokuskan kepada satu isu.
Rata-rata netizen ‘meramalkan’ hubungan pasangan dua ‘sejoli’ ini tidak akan bertahan lama selain turut menyelar tindakan teman lelaki wanita berkenaan yang berbangga secara berlebihan.
Ini kerana mereka ‘bimbang’ dunia glamour akan menyebabkan awek cendol yang comel itu bakal dikejar ramai lelaki kaya.
Usia kedua mereka yang terlalu muda kata para netizen boleh turut menjadi punca.
Entahlah dik, siapa betul siapa salah pun kami tak tahu. Tapi kalau betullah dia memang tak manja macam tu, habis satu Malaysia kena tipu lah ni? Hahahaha!
Sumber:http://mukabuku.press/2018/02/hahahaha-satu-malaysia-dah-kena-tipu-rakan-sekolah-gadis-cendol-bongkarkan-perangai-sebenar-gadis-cendol-dia-dulu/

close